Sunday, February 10, 2013

mengumpat atau diumpat..

Salam..mengumpat atau bahasa sindirannya 'menganyam ketupat'..tapi sayangnya ketupat itu tak direbut.lepas anyam,simpan buat pekasam..

Temanya kat sini bukan aku nak cerita pasal ketupat..tapi pasal mengumpat dan diumpat..
Zaman sekarang ni , orang tukar istilah mengumpat tu kepada bergosip..kalau bergosip perkara yang tidak benar tidakkah itu dikategorikan sebagai mengumpat..astagfirullahhalazim..

Bukan nak tunjuk aku ni muslimah sangat..sejujurnya kadang terasa puas bila dapat bergosip..walau hakikatnya memang tahu apa hukumnya dan takde faedah langsung pun bergosip ni..dapat musibah adalah..
Subhanallah..

Di dalam Al-Quran ada mengatakan :
"Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain.Apakah seseorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah menjadi bangkai,tentulah kamu sekelian benci memakannya."Surah al-Hujurat ; ayat 12

Ini bukan sekadar omongan kosong , malah peringatan buat semua terutama pada aku..Kadang-kadang jadi asyik dan leka bila dah bergosip..

Pasal Diumpat pula ini..aku ada terdengar kata-kata ustaz dari ceramah di tv.."orang yang membiarkan dirinya diumpat juga adalah berdosa"..
Aku faham maksud kata-kata tu cuma sukar untuk aku huraikan dalam bentuk penulisan..Cuba bayang situasi orang yang kita umpat..adakah dia melakukan sesuatu yang membuatkan orang lain mengumpatnya..lebih kurang macam tu lah yang dapat huraikan..

Kadang kita leka mengumpat orang tanpa kita sedar kita juga menjadi bahan umpatan orang apabila berada dalam kumpulan bergosip yang lain..

Jadi,temanya disini.."RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL"


Monday, February 4, 2013

aku..awak..

aku menangis bukan kerana aku lemah..
tapi aku ingin menzahirkan segala yang tak terluah..
aku menangis bukan inginkan simpati...
tapi aku tak mampu menangis di dalam hati..

awak sedar tak semua ini???
awak sedar tak air mata saya menitis???
awak sedar tak bila saya menangis???
awak sedar tak kewujudan saya???
awak sedar tak???

Wednesday, January 30, 2013

Lepak..Lepak..Lepak..

Salam..dah lama rasanya tak 'melepak' kat Ana crew Steamboat..semenjak stall tu ditutup atas masalah teknikal..malam tadi memang rasa release giler bila dapat hang out ngan wan,kak zura,angah,dayat,khidir dan geng baru..zila(bakal isteri dayat)..
Aku bukan lepak dengan sebarangan orang..diowang ni dijamin selamat..dulu lepak asyik citer pasal nak gi jalan je..sekrang bila lepak,citer pasal turn kawin plak..Khidir akan membuat pembukaan perkahwinan untuk tahun ni..Insyaallah disusuli dayat n zila..pastu kak zura , wan dan last sekali of coz la aku aka mak jemah...hehehe..
memang best bila asyik menyakat kengkawan ni..nasib la pada yg terkena mlm td..
Paling tak sangka..angah join plak kiteowg lepak smpai lewat malam..sekali dia dapat tergelak..Ya Allah , pecah gegendang telinga aku..
Nampak je tergelak besar tp dalam hati rindu giler kat anak bini..
Sabarla ngah ea..nnti bawak baby balik sini tau..
Mak jemah nak jumpa..
Anyway..mlm tadi memang best giler..
Sayang you allsssssssssssss.........

Tuesday, January 29, 2013

Lelaki @ Perempuan..sama saja manusia..

Salam..kita sesama manusia memang suka membandingkan jantina lelaki dan perempuan tapi hakikatnya tetap sama..mereka tetap manusia..masing2 ada kelebihan dan kekurangan sendiri..sebab itu ALLAH takdirkan lelaki kahwin dengan perempuan..hakikatnya mereka saling melengkapi..
Ada beberapa kejadian yang suka melemparkan kesalahan pada perempuan..sedangkan lelaki juga kadangkala buat perkara yang sama..

Contoh pertama..
Aku pernah secara tidak sengaja hampir terlanggar seorang pembonceng motosikal yang kebetulan berada disebelah kiri kereta aku..sejujurnya aku tidak perasan..dan aku tahu itu adalah salah aku,jadi aku keluar dari kereta dan mohon maaf atas kesalahan aku..tapi malangnya,aku dilemparkan dengan kata-kata amarah..si pemuda ungkitkan perkara yang bukan2..tak lupa juga kata2 kesat..konon nak tunjuk hebat tapi aku dapat menjawap..nak cover macho punya pasal dia cakap.."nasib baik ko perempuan,kalau tak aku letupkan kete ni td"(ayat standard)..aku pun masuk kereta macam biasa sbb ada urusan yg penting aku nak selesaikan..alik2 aku tengok mamat tu berada dibahagian jalan yang salah sebenarnya..salah aku dia nampak,salah sendiri..buat2 buta je..


Monday, January 28, 2013

Pembukaan 2013

Salam..cepat betul masa berlalu..sekarang dah masuk 2013..dalam pada masa berlalu , usia yang hanya sekadar angka ini makin bertambah..kehidupan aku masih diteruskan seperti dahulu cuma terdapat beberapa episod baru yang berlaku..
Sepanjang 25 tahun aku hidup , rasa banyak juga aku buat perkara yang salah dari yang betulnya..rasanya banyak hati mereka2 yang telah aku sakiti..arrghhhh teruknya aku ni..tapi manusia ini terlalu ego untuk meminta maaf..di ruangan aku yang tak berapa nak femes ini , aku mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan dan kekurangan aku sebagai manusia biasa..
Aku pun berharap aku juga dapat memaafkan sesama mereka..manusia takde yang sempurna..
Rasanya belum terlewat lagi aku nak ucapkan tahniah buat Kak Is dan Angah Zaidi atas kehadiran insan baru dalam hidup mereka..boleh jadi besan ni.hehehe
Dah lama aku tak update blog ni..aku sendiri diblok oleh timbunan kerja dan masalah pada akhir2 tahun lepas..banyak peristiwa yang berlaku..Insyaallah aku akan cuba buat galeri entri untuk upload gambar2 kenangan..Manalah tahu andai aku pergi dulu..bolehlah dijadikan blog ini sebagai tatapan..
Ada perkara yang aku tak dapat luahkan pada alam nyata..hanya di sini aku coretkan sebagai diari..
Aku harap perjalanan hidup aku lebih baik dan segalanya dibawah keredhaanNYA..Amin..
Cukuplah setakat ini untuk coretan pembukaan..adios...

Wednesday, August 1, 2012

layan jiwang jap ea..



Ramadhan oh ramadhan..

Salam Ramadhan..rasanya belum terlambat lagikan aku nak cakap macam tu..memang cepat masa berlalu..terasa macam baru je sambut ramadhan bulan lepas..ni dah puasa balik..tahun ni tahun ke 2 aku berpuasa di PAID Tampin..teringat waktu mula2 kena tranfer ke PAID lain..muka aku memang senyum , dalam hati bagai nak gila aku memberontak . Macam2 yang aku sungutkan..ada je yang tak kena..seolah-olah tak boleh terima perubahan . Walaupun jauh ngan kengkawan yang gila2 tapi aktiviti yang gila2 tetap kiteowang buat..tapi lumrah hidup , kenangan yang indah tu memang payah nak ulang , kita cuma boleh kenang dan cuba create semula dengan suasana yang berbeza..apa pun aku takkan lupa kenangan tu ..dah abis puasa barulah aku dapat suaikan diri..pokok pakal semuanya kat hati..tak payah nak paksa2 terima,tetapi redha..sedar2 tak sedar dah genap pun setahun aku kat sni..semuanya ok tapi aku kdg2 wat ikut kepala sendiri..masuk ari ni dah 2 ari aku masuk lambat..dah tau ofis jauh keluar lambat,lepas tu pecut ikut suka,hehehehe..takpela,yg penting aku happy..