Thursday, April 28, 2011

hati oh hati

ada apa dengan hati???
ada perasaan...
boleh percaya ke dengan hati???
boleh kalau hati kita bersih..
bukan ke orang kata ikutkan hati ni mati???
itu kalau ikut hati yang kotor...
penting ke hati???
penting sebab segalanya bermula dari hati...
sesekali kita kene dengar kata hati

kalau hati sakit , sape boleh tolong ubatkan???
diri kita sendiri...
tapi boleh ke??
boleh....
Kita bukan doktor???
boleh,yang penting kita bersungguh2..
sucikan hati...

ok tapi hati saya tak tentu sekarang..macam mana nak buat???
Minta tolong pada Allah dan positifkan fikiran...
InsyaALLAH semuanya akan baik..

Tuesday, April 26, 2011

boleh ke aku berkarya???

"apa kata kau je yang tulis novel..dari muka kau ni akak tengok macam ada muka penulis"lebih kurang macam tulah ayat kak is..
pehh..terasa mengembang hidung aku.huhuhuhuhu..perasan je.dulu pernahlah ada kengkawan yang suruh aku menulis sebab dia kata aku ni jiwang karat sampaikan imaginasi aku tinggi.itu aku tak nafikan lah.aku memang kuat imaginasi dan kuat berangan..memang hobi aku lah berangan2..terutama sebelum nak tido.amik mood la katakan..dan adakalanya apa yang aku angankan tu aku tulis jadi macam sinopsis cerita..kalau dikumpulkan mau la banyaknya..
tapi tulah masalahnya..aku ni tak yakin nak menulis@berkarya..minat tu memang ada.dari dulu lagi..aku pernah menulis cerpen..last2 aku peram sendiri..aku pernah cuba karang manuskrip tapi terbengkalai..idea aku tetiba je boleh hilang dah tu terus ar aku senyap..bila aku baca balik macam tak caya je aku tulis..persoalannya..boleh ke aku nak berkarya????

nota : boleh tak bagi aku semangat.....huhuhuhuhuhuhu

Friday, April 22, 2011

adakala terlalu sukar untuk kita berterus terang..

salam..sape setuju dengan tajuk diatas..sila angguk kepala..huhuhuhuhu
betulkan,ada masanya terlalu sukar untuk kita jujur..niat kita baik tapi apa yang kita nak cakapkan tu macam tak nak keluar.terasa macam tersekat je kat kerongkong ni..
takut nanti lain pulak yang jadi..
tiap-tiap orang akan lalui situasi macam ni walaupun kadang2 kita cakap yang kita ni open minded la konon..
ada masanya kita akan berubah menjadi seorang yang narrow minded..
kalau ikutkan hati , banyak perkara yang tak terluah terutama sejak insiden kekecewaan melanda aku dulu..
memang aku story pada kawan2(kak is,kak zura,zaidi & syazwan)..tapi hati aku rasa macam tak puas je sebab aku tak dapat 'semburkan' semua pada pada orang yang sepatutnya..
tapi pikir2 balik,buang masa..sebab dia manusia yang tak berpikir..jadi buang air liur aku je bercakap..
itu kes lain..dah lama pun berlalu(baru sebulan)..
ape pun,x salah kalau kita nak berterus terang tapi biarlah kena pada tempat dan gayanya..


nota : lebih baik dibuang kerana menegakkan perkara yang betul daripada diterima kerana membenarkan perkara yang bohong..(dari abg hisyam)

Wednesday, April 20, 2011

mungkin silapku

bila aku mengenangkan
sejarah kita bersama
pasti aku kan teringat
kisah suka duka bersama
mengapa aku yang terusan
menanggung segala derita
sedangkan yang disana
tersenyum dan terus ceria
mungkin aku yang bersalah
puncanya kau berubah
tapi apa kurangnya dirimu
sering menyalahkan diriku
silapmu sering tertutup
salahku asyik disebut
tanpa hiraukan perasaanku
kau pergi terus berlalu

-apit-

Tuesday, April 19, 2011

kita akan happy bila tengok orang lain happy..

bila kita dengar orang ketawa mesti ada terdetik hati kita nak ketawa jugak kan..
tapi ada jugak kita buat muka menyampah..itu pun sebab kita menyampah dengan orang yang ketawa tu.huhuhuhu..
ni mesti xde lain kes meluat dengan orang tu punye ketawa..
tapi bukan tu yang aku nak story kan..
baru2 ni aku dilanda kekecewaan la..tipu la kalau aku kata aku tak nangis dan sedih..
tapi bila aku dikelilingi oleh kengkawan yang banyak buat aku ketawa,secara automatik rasa sedih aku tu hilang..
aku boleh ketawa sampaikan aku terlupa yang aku tengah sedih..hehehe..
agak2 korang boleh buat ke???huhuhuhu..
boleh punye..bak kata adik aku..kito buek dio bukan dio buek kito.(dialek n9)..
pakar motivasi pun ada kata yang ketawa tu boleh buat awet muda tau..jadi banyakkanlah ketawa..
janganlah ketawa macam orang gila...
jadi salah satu ubat kelukaan adalah sentiasa senyum walaupun dalam hati tengah luka..
orang yang lukakan kita tu pulak sakit hati tengok kita senyum.huhuhuhuhuhu

Thursday, April 14, 2011

kita bukannya sempurna..

Dah tercatat dlm Kalam Allah yang suci "sesungguhnya manusia itu dicipta dari sebaik-baik kejadian"..tapi kekurangan dan kelebihan seseorang manusia itu adalah anugerah yang diberi oleh Pencipta..sebgai sesama manusia kita xde hak dan tidak layak untuk menilai..bersyukurlah dengan nikmat yang ada dan sesungguhnya setiap kenikmatan itu takkan lama dan mesti akan ada dugaan yang mengiringi..

salam..macam ustazah kan ayat kat atas tu..sesekali kita kene la insafkan diri.bukan niat aku nak tunjuk bgus tapi kadang2 aku sebgai manusia biasa ada juga menjadi pengkritik yang suka mengkritik orang lain.Jahat rupanya aku ni..dahla banyak kekurangan lepas tu mengutuk kekurangan orang lain yang sama je penciptaannya dengan aku dan bernaung di bawah satu Pencipta..sementara diri aku masih bernyawa dan bernafas aku cuba insafkan diri..
rasa macam banyak sgt dosa..cikit je pahala..
aku pernah terfikir kenapa aku masih bernyawa sampai sekarang..
sebab Allah nak bagi aku peluang untuk aku perbetulkan kesilapan..
sepatutnya aku bersyukurkan..bukannya aku tak pernah buat silap besar..ada,tapi ALLAH masih bagi aku nyawa untuk aku tebus kesilapan aku tu..
Dikesempatan yang ada aku nak mohon ampun maaf pada mereka yang telah dan pernah aku buat salah..
Maafkan aku..

Tuesday, April 12, 2011

aku sayangkan keluarga aku..

salam..terlalu banyak aku coret tentng aku je dlam blog ni..terlupa aku nak story tentg family aku..
baru2 ni ada berlaku satu insiden yang betul2 buat aku geram..dahla aku tengah jauh..boleh plak adik aku pecah masuk bilik aku pastu rembat kunci kete..drive ikut suka dia..
aku plak tggalkan kete kat umah sbb nak pi kursus..jd naik lah kete kawan..menggigil badan aku bila adik aku yang lain tipon kata kete aku xde kat umah..aku tak sangka plak ada yang berani pecah masuk bilik aku..
tak pasl2 sebakul makian akau bagi..
siap aku kata yang aku halau dia dari rumah tu..aku tak nak tgok muka dia lagi..marah punya pasal..
aku sayangkan sume family aku..aku tak suka beza2kan layanan tapi adik aku yang sorang ni dh lama sangat melampau..
dia mencabar kesabaran aku..dahla aku tanggung dia hidup2..makan minum lagi..dia pulak buat aku macam ni..
tak pasal2 aku sumpah dia macam2..
bila aku kenangkan balik..terasa penat aku layan kerenah lelaki ni..
letih sangat2 sampaikan aku kadang aku terasa muak..
tapi tak baikkan cakap macam tu..
aku tarik balik kata2 aku...

Wednesday, April 6, 2011

..akulah insan paling sibuk..

assalamualaikum..agak2 nape ek aku tulis tajuk ni????hu3..
sebenarnya aku baru habis satu kursus untuk bulan 4 ni..
sblm kursus ni aku terlibat dalam satu program..pastu terus sambung kursus plak..
ni yang lagi best bila aku dapat tahu yang jumaat ni aku terlibat plak dengan kursus lain..
kali ni betul2 ada kaitan dengan kerja aku..
xleh nak ngelat ar..aku bg tau mak ayah aku masing2 dok ngeleng je..
aku ni kursus je manjang.hu3..
nak wat camne..nama pun keje..
bila ku free xde sape plak nak cari aku..
aku terperap je kat umah..
time tu keje aku tidur jelah..hu3..
tapi best jugak bila bnyak keje ni..
fikiran aku akan pikir keje je..bila letih terus tido..
xde masa nak berangan.hu3..
selamat berkursus.....