Thursday, January 26, 2012

Idea yang membeku..

Dan nak penghujung Januari 2012..idea aku macam dah tepu dan membeku..aku tak dapat nak leburkan..aku tak pasti selama mana daya ingatan aku dapat bertahan untuk aku simpan semua persoalan..macam mana aku nak mulakan???

Monday, January 16, 2012

jangan izinkan aku jatuh cinta jika belum tiba masanya..


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Amiin..

Sunday, January 8, 2012

bantal busuk oh bantal busuk..

Bantal busuk oh bantal busuk..Walaupun busuk tapi tetap dicium..Lena betul budak kecik tu tido sepanjang perjalanan nak balik terengganu ni..Tak kisahlah..janji bantal busuk tu dah buat budak kecik bahagia..hati penuh dengan bunga-bunga..
 Berbahagialah si budak kecik dengan bantal busuknya..

Tuesday, January 3, 2012

Cinta pandang pertama..

Pujangga pernah berkata "dari mana datangnya sayang , dari mata turun ke hati"..Ternyata kata-kata pujangga ini bukanlah satu kata-kata kosong . Dari pertemuan pertama , telah membawa kepada kedua dan ketiga . Ternyata apa yang aku lihat sememangnya bunga-bunga cinta sedang mekar di hati mereka namun sejauh mana kebenarannya itu , hanya mereka yang tahu .
Dapat aku lihat betapa melonjak hati teruna untuk bertemu si dia . Mungkin rindunya sudah membuak-buak . Hinggakan aku lihat sendiri betapa perasaan itu mempengaruhi perlakuan teruna . Beruntung sungguh si dia  . Hendak aku ceritakan satu persatu babak romantik yang berlaku rasanya tak terasa keromantikan seperti yang dirasai saat aku melihatnya .
Ternyata bahagia berpihak pada mereka . Aku doakan bunga-bunga cinta akan terus mekar bersama restu dariNYA..Kebahagiaan itu milik mereka...A & A