Wednesday, August 1, 2012
Ramadhan oh ramadhan..
Salam Ramadhan..rasanya belum terlambat lagikan aku nak cakap macam tu..memang cepat masa berlalu..terasa macam baru je sambut ramadhan bulan lepas..ni dah puasa balik..tahun ni tahun ke 2 aku berpuasa di PAID Tampin..teringat waktu mula2 kena tranfer ke PAID lain..muka aku memang senyum , dalam hati bagai nak gila aku memberontak . Macam2 yang aku sungutkan..ada je yang tak kena..seolah-olah tak boleh terima perubahan . Walaupun jauh ngan kengkawan yang gila2 tapi aktiviti yang gila2 tetap kiteowang buat..tapi lumrah hidup , kenangan yang indah tu memang payah nak ulang , kita cuma boleh kenang dan cuba create semula dengan suasana yang berbeza..apa pun aku takkan lupa kenangan tu ..dah abis puasa barulah aku dapat suaikan diri..pokok pakal semuanya kat hati..tak payah nak paksa2 terima,tetapi redha..sedar2 tak sedar dah genap pun setahun aku kat sni..semuanya ok tapi aku kdg2 wat ikut kepala sendiri..masuk ari ni dah 2 ari aku masuk lambat..dah tau ofis jauh keluar lambat,lepas tu pecut ikut suka,hehehehe..takpela,yg penting aku happy..
Wednesday, June 27, 2012
Tuesday, June 26, 2012
lagu jiwa lagu cinta..
Salam..pernah suatu ketika hati aku hanya beralun lagu duka . Sampaikan aku menangis tersedu - sedan mengenangkan luka yang masih bersisa..sakitnya susah aku nak gambarkan dengan kata-kata..yang mampu aku katakan adalah hati aku telah tertutup..terukkan , macam aku sorang je yang frust menonggeng..ada orang lagi teruk tapi tiap manusia ada macam2 cara untuk tafsirkan kelukaan mereka ..mungkin aku begitulah caranya..membiarkan hati aku terus mendendangkan lagu duka..sayup2 alunan muziknya , dialunkan bersama bait2 kata dari hati yang kecewa..memang menusuk..tapi aku bertnya pada hati , sampai bila aku nak alunkan lagu duka ? tidakkah aku layak juga untuk bahagia??..aku tekadkan untuk mengubah lagu cinta..ayat-ayat cinta aku susn indah memenuhi ruang hati..akhirnya terbuka tapi pada insan yang tidak memahami alunan lagu yang bait-bait liriknya masih tidak lengkap..tapi kau teruskan jua alunan..sesungguhnya takdir Allah itu tiada siapa yang sangka..alunan lagu aku itu didengari oleh insan lain lalu melengkapkan bait-bait cinta menjadi satu lagu cinta yang memenuhi ruang hati aku kini..alhamdulillah..
Monday, June 25, 2012
selamat berbahagia buat yang berkenaan..
Salam..dah lama tak update blog..dah macam2 story yang terlepas..tapi aku peduli apa..nak story jugak.hehehe..firstly aku nak wish "SELAMAT PENGANTIN BARU @ LAMA" pada teman-teman kamcing aku yang telah melangsungkan perkahwinan mereka . Ada yang dah berisi pun..tahniah Aqilah Yusoff...Bertambah anak buah aku..Tak lupa juga pada ex-bos aku ( bos la sangat ),akhirnya kau temui juga sesuatu yang membuat kau bahagia atau lebih sesuai aku katakan duyung yang sentiasa menemani kau ketika memancing..dari cerita yang kau ceritakan hari tu , nampak sangat muka bahagia kau tu..rasanya aku tak melangkaui bos aku mengikut giliran untuk menjamu nasi minyak..buat kakak ku yang comel Norazura Saad@puteh..jangan risau , suatu hari nanti kau akan temui kebahagiaan itu ..asyik ucapkan pada orang , lupa pulak nak ucapkan pada diri sendiri..aku tahu dia takkan baca blog ni tapi nak tulis jugak..kepada Mohd Arisham Huzairie , terima kasih sudi hadir dalam hidup saya bersama kasih sayang awak tu . Saya tau hubungan kita masing terlalu awal , tapi saya berharap jodoh itu berpihak pada kita ..terima kasih kerana terima saya seadanya . Aku tak mengharapkan pujian yang melangit dari rakan-rakan , cukuplah korang mendoakan kebahagiaan aku dan dia ..itu hadiah paling bermakna buat aku...
Sunday, April 15, 2012
Bila masing-masing dah tension.......
Salam..terlibat dalam gerakan dakwah bersama geng-geng yang sempoi memang best tapi dalam best2 tu ada jugak yang spoilnya..bila ada manusia yang bekerja kerana nak dapat satu penghargaan tanpa hiraukan tujuan yang sebenar..aduyai,semak betul aku tengok..tetapi apa pun , dalam ketensionan dengan perangai manusia yang semak tu aku dan kengkawan tetap bersahaja yang penting kiteowang tahu apa tugas masing-masing..
Friday, March 9, 2012
bersedia untuk sebarang kemungkinan..
hampir 24 tahun aku bernyawa dan setiap detik kehidupan dapat aku rasa akan perubahan..adakaalnya kemungkinan yang berlaku diluar jangkaan hinggakan tak terpikul oleh perasaan..Tapi setiap kemungkinan itu tidak aku rasakan sesuatu yang sia-sia kerana disebaliknya ada satu rahsia..hanya mereka yang berada di tempatnya dapat merasa betapa bermaknanya rahsia dari Yang Maha Berkuasa..
Sebagai manusia yang berlakon di atas muka bumi ciptaanNYA..aku perlu bersedia andai diberi sebarang kemungkinan tanda dipinta..kerana aku perlu melakonkan watak itu sehabis baik agar aku dapat satu pengakhiran yang terbaik..dan pengakhiran itu mungkin tiket bagi aku untuk menempah syurga ataupun neraka..
Sebagai manusia yang berlakon di atas muka bumi ciptaanNYA..aku perlu bersedia andai diberi sebarang kemungkinan tanda dipinta..kerana aku perlu melakonkan watak itu sehabis baik agar aku dapat satu pengakhiran yang terbaik..dan pengakhiran itu mungkin tiket bagi aku untuk menempah syurga ataupun neraka..
Tuesday, February 28, 2012
aku suka ayat ni..
ini bukan ayat original dari aku..Hidup tanpa COUPLE kononnya sunyi…
Hidup tanpa COUPLE kononnya sepi,tak mampu nak luahkan masalah kat sape2…
Hidup tanpa COUPLE malu,org lain dah ada,kita bila..tapi bila difikirkan semula HIDUP tanpa COUPLE, kita FREE..“Bina diri dahulu sebelum layak kata cinta, jangan dahulukan kata sayang sebelum akad diijab kabulkan, itu menjamin keselamatan hati daripada dikecewakan.” (Pakar Diari Hati)
tak perlu fikirkan sape2,hanya fikirkan masa depan kita,
yang membuatkan kita menghitung diri kita yang ALLAH sedang melindungi kita dari perkara yang sia-sia…
Thursday, January 26, 2012
Idea yang membeku..
Dan nak penghujung Januari 2012..idea aku macam dah tepu dan membeku..aku tak dapat nak leburkan..aku tak pasti selama mana daya ingatan aku dapat bertahan untuk aku simpan semua persoalan..macam mana aku nak mulakan???
Monday, January 16, 2012
jangan izinkan aku jatuh cinta jika belum tiba masanya..
Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri.
Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.
Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.
Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.
Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Amiin..
Sunday, January 8, 2012
bantal busuk oh bantal busuk..
Bantal busuk oh bantal busuk..Walaupun busuk tapi tetap dicium..Lena betul budak kecik tu tido sepanjang perjalanan nak balik terengganu ni..Tak kisahlah..janji bantal busuk tu dah buat budak kecik bahagia..hati penuh dengan bunga-bunga..
Berbahagialah si budak kecik dengan bantal busuknya..
Berbahagialah si budak kecik dengan bantal busuknya..
Tuesday, January 3, 2012
Cinta pandang pertama..
Pujangga pernah berkata "dari mana datangnya sayang , dari mata turun ke hati"..Ternyata kata-kata pujangga ini bukanlah satu kata-kata kosong . Dari pertemuan pertama , telah membawa kepada kedua dan ketiga . Ternyata apa yang aku lihat sememangnya bunga-bunga cinta sedang mekar di hati mereka namun sejauh mana kebenarannya itu , hanya mereka yang tahu .
Dapat aku lihat betapa melonjak hati teruna untuk bertemu si dia . Mungkin rindunya sudah membuak-buak . Hinggakan aku lihat sendiri betapa perasaan itu mempengaruhi perlakuan teruna . Beruntung sungguh si dia . Hendak aku ceritakan satu persatu babak romantik yang berlaku rasanya tak terasa keromantikan seperti yang dirasai saat aku melihatnya .
Ternyata bahagia berpihak pada mereka . Aku doakan bunga-bunga cinta akan terus mekar bersama restu dariNYA..Kebahagiaan itu milik mereka...A & A
Dapat aku lihat betapa melonjak hati teruna untuk bertemu si dia . Mungkin rindunya sudah membuak-buak . Hinggakan aku lihat sendiri betapa perasaan itu mempengaruhi perlakuan teruna . Beruntung sungguh si dia . Hendak aku ceritakan satu persatu babak romantik yang berlaku rasanya tak terasa keromantikan seperti yang dirasai saat aku melihatnya .
Ternyata bahagia berpihak pada mereka . Aku doakan bunga-bunga cinta akan terus mekar bersama restu dariNYA..Kebahagiaan itu milik mereka...A & A
Subscribe to:
Posts (Atom)






