Thursday, July 21, 2011

cuti-cuti malaysia..

Khamis 21 Julai 2011-Zaidi,Khidir,Hidayat,Azura,Iszaidah dan Hafizah telah berpakat mengambil cuti berjemaah dengan tujuan untuk mengadakan mini camping kami di Hutan Lipur Ulu Bendul , Kuala Pilah . Perancangan yang dibuat secara mengejut ini telah menggempar seluruh staf PAID Kuala Pilah ekoran kami tidak memaklumkan cuti pada mereka sedangkan kami telah memohon secara sah melalui pentadbiran . Aktiviti awal kami sebaik tibe adalah membakar ayam yang telah diperap kerana kami tersangatlah kebulurnya..

ini adala insan yang telah dipertanggungjawapkan untuk membakar ayam..Setelah penat menjamu selera , kami memulakan aktiviti wajip sekiranya berkunjung ke hutan lipur iaitu merendamkan diri ke dalam air yang sejuk macam ais batu.


aktiviti berendam telah dimulakan oleh 3 dara pinggitan iaitu azura,iszaidah dan pija.(iszaidah telah menyembunyikan diri siebalik azura kerana dia seorang low profile).
















ini adalah antara aksi-aksi yang telah dirakam.Secara automatik perangai mereka telah berubah menjadi seorang yang gila-gila..

seronoknye kenangan itu....

kenangan manis bukan datang selalu kan, dan datang dalam tempoh yang singkat je...makin aku nak melangkah meninggalkan kenangan tu , makin banyak pulak yang datang..kenangan yang datang bertalu-talu ni membuatkan aku lupa akan kedukaan aku sebelum ni..sayangnya aku nak tinggalkan kengkawan yang ada..aku tahu yang kenangan itu boleh diulang kembali tapi aku takut aku yang berubah bila aku jumpa kawan baru..tak sanggup aku nak lupakan kawan2 yang banyak bagi aku kekuatan dan semangat..aku sendiri tak pasti aku mampu untuk harungi semua ni kalau aku sendiri..sejak berkawan dengan diaorang , aku jarang menangis..cuma sesekali je itu pun aku tak sengaja...bahagianya aku bila dapat ketawa tu hanya Tuhan sahaja yang tahu...dari situlah aku dapat kekuatan untuk meneruskan kehidupan mendatang yang lebih mencabar..maaf aku katakan aku terlalu sayang kenangan ini..

p/s : terima kasih kak is , kak zura , angah zaidi , khidir , syazwan dan dayat..

Monday, July 18, 2011

kenapa 'dia'???

Sepanjang perjalanan menghantar angah bertunang hinggalah sampai ke destinasi , fikiran aku tiba-tiba diterjah semua kenangan dari dia . Satu persatu kata-kata yang pernah lahir dari mulut manisnya hampir terkeluar dari mulut aku . Cepat-cepat aku matikan kenangan tu . Perasaan yang kacau bilau tak payah citerlah , memang dah mengacau bilaukan hati aku . Tapi mengenangkan  ini saat bahagia buat angah aku tahan perasaan aku yang makin lama makin sebak . Kebiasaannya kalau perasaan aku yang tak menentu , aku mesti masuk bilik atau duduk dalam bilik air dan menangis . Aku bukannya kuat sangat untuk bertahan . Aku cuma manusia biasa . Dalam senyum aku terasa sengsara sebab terpaksa berpura-pura dan dalam ketawa aku hampir menangis . Memang tak patut aku kenangkan dia tapi bukan aku yang nak . Bertalu-talu semua tu datang . Kalau aku boleh formatkan semula otak aku ni dah lama aku buat . Aku tak tahu sampai bila aku nak terus berpura-pura dengan senyuman aku . Ya Allah , kuatkanlah iman hambaMu ini ..............