Wednesday, May 11, 2011

warkah buat bonda

Salam..harap2 belum terlambat lagi untuk alang ucapkan SELAMAT HARI IBU buat emak PN.SAKINAH YAAKOB..memang alang tak dapat nak ucapkan secara berdepan dengan mak tapi alang nak mak tahu yang alang telah pun kirimkan ucapan itu melalui angin lalu..

Mak..alang nak ucap terima kasih tak terhingga buat mak kerana telah melahirkan alang serta membesarkan alang sehingga ke hari ini . Alang bersyukur sangat sebab alang masih dan ada seorang emak . Tak dapat alang bayangkan kalau alang takde mak..

Mak..alang nak mak tahu yang alang sayang sangat dekat mak . Walaupun alang tak ucapkan tapi tahu lah bahawa alang sayang sangat dekat mak .Dulu , alang pernah terpikir yang mak macam tak sayangkan alang sebab alang selalu kena marah dan mak pun selalu je nak cari salah alang . Alang lupa yang sebenarnya alang ni adalah seorang kakak dan alang perlu tunjukkan contih pada adik2..

Mak..dulu kita tak rapar sangat pun.Alang membesar dengan cara pergaulan yang kasar.Mak waktu tu sibuk cari duit nak tanggung adik2 yang lain tapi dugaan memantangkan kita mak .Lepas peristiwa hitam tahun 2005 telah banyak mengajar alang untuk menjadi lebih matang .Secara tak sengaja kita menjadi agak rapat dan saling meluahkan perasaan antara satu sama lain .Tapi ada sesetengah perkara yang alang tak luahkan .Alang rasa biarlah alang simpan .

Mak..di kesempatan ini alang nak mohon ampun dan maaf dari mak atas keterlaluan sikap alang dan adakalanya alang memberontak dalam diam.Al-maklumlah , jiwa muda..Alang harap mak halalkan tiap titik susu yang mengalir dalam tubuh alang ni .Alang masih ada hutang besar dengan mak .InsyaAllah,mudah2an umur alang panjang untuk lunaskan..terima kasih omak..alang sayang omak..

Thursday, May 5, 2011

Dia cakap 'RINDU'..alamakkk..

salam..ni terjadi gara2 mesj dngan dia pag2 buta tadi.huhuhu..
'dia' tu bukanlah pakwe aku @ sewaktu dngnnya..just salah seorang kenalan..
entah buang tebiat apa boleh pulak dia kata rindu kat aku..dah lama rindu tapi bru ari ni nak bagi tau..aiseh man..poyo habis..
tak pasal2 aku tercengang time bce msj tu..
aduyai..aku malas lah nak mulakan rindu2 ni..kang aku jugak yang merana..
lagi plak aku lom sedia lagi nak rindu-rinduan ni..
sejak2 kecundangan sebelum ni..tak kuasa la nak rindu2 yang melampau..
tapi bukan salah diakan kalau dia rindu..
aku takdelah marah tapi jgan pulak dia kecik hati kalau rindu dia x berbalas..
harap rindu dia tu just sekadar kawan..ok bos...
ni la aku yang rindu kan bulan.huhuhu
aku harap rindu dia tu tak berlebihan...

Wednesday, May 4, 2011

jangan terlalu mengharap..

ni kali kedua aku post kat entry untuk hari ni..kebetulan terasa nak tulis sesuatu..
semalam aku dapt msj dari kawan aku(perempuan)..pendek je msj pertama dia..

---- : pjah..
aku : yup..ada apa ?
---- : aku baru je putus..

OMG..x tau aku nak cakap cam ne dah..tp sebagai kawan aku tnya la..

aku : putus sebb pe?
dia jawap dengan satu penjelasan yang panjg . aku tumpang simpati la . kebetulan kes dia sama mcm kes aku jadi aku pham la cikit perasaan dia . nak komen panjang2 x leh tapi aku just bagi cikit nasihat mudh2 an dia dapt kuatkan semangat . aku bukan nak poyo tapi ini lah yang aku buat waktu aku tengah sedih dulu . aku kena lah cari kekuatan untuk diri sendiri . aku nasihatkan dia..

aku : aku just boleh tolg bagi ko nasiht cikit untuk ko  
      tenangkan  diri . Ko kena belajar untuk redha . walau
      sakit  macm manapun ko tetp kene redha . InsyaAllah ko   
      akan  tenang.Allah Maha Adil .

tapi dia jawap yang dia xleh trima apa yang berlaku ni..kita ni kan manusia . ada banyak lagi dugaan akan datang . suka atau tidak kita kena belajar terima hakikat setiap musibah tu . kena belajar untuk redha . aku cuba jugak pujuk dia . makin dikenang makin sakit . belajar2 lah untuk abaikan perkara yang lepas . InsyaAllah akan ada yang terbaik ..

nota : percaya dengan takdir Allah .

jalan-jalan..makan strawberry..

salam..ni citer minggu lepas..ofis buat lawatan pi cameron.sekali dengan family day la..tp disebabkan aku bujang,aku just bawak adik perempuan aku..ada jugaklah yang tak bawak family..
masuk ni kira dah 2 kali la pi cameron..bile pi kali kedua ni tak tahu nak beli apa dah..
alik2 aku beli benda yang sama..teh,strawberry dan bantal..
tapi tang bab beli bantal tu aku mcam touching la cikit..huhuhuhu
al-maklumlah..perkara baru berlaku tapi bila aku hadapi kenangan tu aku xdela terasa sakit sangat.hehehe..
tapi aku okey.huhuhuhu....
ni la adik aku.. 
bila jalan dengan kawan2 yg sekepala mmg happening la cikit..bleh je wat kepala gila2..
kali ni xdelah terasa penat berjalan sangat..kalau dulu pergi memg banyak berjln...
ada sesekali aku teringat2 la hal2 yang ada kaitan dengan dia..tapi aku buat tak tahu je..
malas betul aku nak ingat la..buat semak je..
tu yang x pasal2 aku ngan kak is wat huhahuha..
cuba teka mana satu kak is??? 
ape pun aku happy pi cameron kali ni..sebab aku rasa bebas dan aku rasa aku boleh lawan kenangan dengan 'dia'..aku hebat.huhuhuhuhu