Saturday, October 29, 2011

kenali wanita..

a) Tanah - anak pertama, anak kelima, anak kesembilan
b) Air - anak kedua, anak keenam, anak kesepuluh
c) Api - anak ketiga, anak ketujuh, anak kesebelas
d) Angin- anak keempat, anak kelapan, anak keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.

WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis

WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu

WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah

kecantikan lelaki..kegagahan wanita

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pa...da murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Surah Al-Ahzab:Ayat 71
"Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan."

Apabila perempuan menangis..

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan ...menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Thursday, October 27, 2011

tentang dia..

Saat jasad aku jauh melayang di udara , fikiran aku terjatuh bertapak di satu pelosok dunia .Dalam masa yang sama aku tertanya-tanya pada hati , adakah masih ada dia ? Dengan pantas mengatakan TIDAK . Jasad aku seperti tak bernyawa dan aku hanya membiarkan hati saling soal sesama sendiri .
"Okey , sudah ."Ayat yang cukup tegas dan muktamad . Serentak hati yang bersoal jawap tadi terhenti . Tiba-tiba hati bagaikan terasa sayu . Tiada limpahan airmata sebaliknya hanya sedu sedan .
"Aik,mana pulak datang sedu sedan ni?."Jasad aku seperti berkata-kata . Pantas aku lemparkan pandangan pada langit yang tidak berpenghujung itu . Berharap aku mampu melemparkan bersama tentang dia jauh dari hidup aku . Terlalu lama memandang , aku pula yang terasa pening . Aku halakan semula pandangan ke tempat asal . Cuba mencari kestabilan di saat berada di dalam kepeningan . Akhirnya aku terlelap bersama tentang dia .
Berharap apabila aku terjaga nanti tiada lagi tentang dia sebaliknya segalanya adalah tentang aku.

Thursday, October 20, 2011

satu kehilangan..

Dia datang dengan lenggokan manja..
menggesel-gesel pada langkahku..
merayu-rayu mahukan santapan..
dia datang lagi menapak atas ribaku..
melentok manja dan membiarkan aku menusap bulunya..
tak aku sangka itu semuanya adalah buat kali terakhir,..
Dia 'pergi' sekelip mata akibat kecuaian aku..
saat aku melihat dia mengelupur bersama muntahan darah..
aku hanya mampu menangis..
yang terkeluar dari mulut aku.
"nape adik duduk bawah kete?"
"maafkan alang sayang"..
saat aku memangku sekujur tubuh yang telah terkulai..
laju sekali airmataku mengalir..
kekesalan yang tak mampu aku gambarkan..
betapa aku akan merinduinya..
Putih sayang..maafkan alang..
alang akan sentiasa rindukan putih..
maafkan alang sayang..

Monday, October 17, 2011

Hati Sang Arjuna..

Apa yang kita nampak pada zahirnya tak sama dengan apa yang ada dalam hatinya..
Senyum tak bermakna dia suka..
Ketawa tak bermakna dia gembira..
Marah tak bermakna dia benci..
Diam tak bermakna dia pendam..
Disaat hati dia hampir terluka apabila kebahagiaannya terpalit sedikit kelukaan , dia cuba bangkit mencari kekuatan .
Hati arjunanya tercabar hinggakan berkata-kata seperti manusia yang hilang pertimbangan..
Tapi dia tahu bahawa itu semua kemarahan hati yang tak membantu mencari jawapan..
Arjuna berkata "aku cuba mengelak dari bersangka buruk dari setiap keburukan"
Dia dapat belajar sesuatu dalam hidup dia..rupa-rupanya DIA nak beri ilmu dengan menduga perkara sebegini..
Lebih rasa terkesan apabila orang yang melaluinya menceritakan semula apa yang dilaluinya..
Orang yang dipatuk ular akan dapat menggambarkan kesakitan dipatuk ular tapi
tidak sama dengan orang yang menceritakan pengalaman orang lain..
namun tetap sampai gambaran kalau menyelami kesakitan orang itu..

buat : Choi 44

Hati aku milik siapa????

hampir 10 minit aku merenung entri yang kosong ni..sebenarnya dari minggu lepas lagi aku merenung ruangan yang kosong ni..tajuk tu dah lama aku cipta dan sememangnya ada sesuatu yang aku nak bicarakan persoalan ini..

Ajal maut , jodoh pertemuan itu ketentuan Yang Maha Berkuasa kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan setiap yang ditakdirkan itu bukanlah sesuatu yang sia-sia . Aku belajar menerima hakikat setiap kali perhubungan yang aku cipta bersama manusia yang bernama lelaki itu terputus di tengah jalan . Tetapi aku sebagai manusia adakalanya terfikir masih ada lagikah ruang di hati aku untuk melaluinya sekali lagi?

Aku sedikit terpukul bila orang bertanya tentang pasangan aku . Apa yang mampu aku jawap bukanlah dengan kata-kata tapi hanya senyuman yang tak bermakna . Tak berani untuk mengatakan takde dan tak terkeluar untuk aku mengatakan ada . Apabila keyakinan ada , hanya "InsyaALLAH" yang mampu aku tuturkan untuk memuaskan hati yang bertanya.

Seseorang ada berkata jodoh itu pasti ada cuma cepat atau lambat sahaja munculnya . Dari saat aku memahami kata-kata itu , aku letakkan kesabaran untuk memujuk hati . Seseorang ada berkata bahawa kesabaran itu penawar kesedihan..