Monday, August 16, 2010
mulakan hidup baru..
Aku dah penat berada dalam kesedihan dan kepiluan . Kalau dikenangkan memang takkan sudah . Hati aku ibarat dah hancur . Tapi sampai bila aku nak berada dalam keadaan ini . Hati aku akan sentiasa terluka dan selamanya terluka . Aku sendiri tak pasti akan terubat atau tidak . Walau apa pun aku akan tetap mulakan hidup aku yang baru . Biarlah tiap-tiap malam aku menangis .Biarlah tiap-tiap malam tidurkan mimpi yang sedih je . Sebab hati aku dah terluka tahap kritikal . Aku akan ingat perbuatan dia sampai bila-bila . Aku tak berniat nak berdendam tetapi manusia macam dia tak mungkin akan bahagia . Selagi dia tak ubah perangai dia . Akan tak khianati dia tapi dia yang khianati aku . Dia penipu dan dia mainkan perasaan aku .Aku benci dia sampai mati..
Monday, August 9, 2010
soalan yang sama..
Riuh rendah rumah aku hujung minggu ni . Mana tidaknya kalau dah semuanya berkumpul . Adik beradik aku bukannya sedikit . 7 orang termasuk pula kakak ipar aku jadilah 8 . Tak lama lagi nak ramadhan jadi mak dengan ayah buatlah kenduri doa selamat dan kebetulan juga rumah aku pun baru je siap diubah suai . Memang gamat dengan macam-macam kelaku . Dari lepas maghrib sudah ada tetamu yang datang . Ada juga yang ambil kesempatan meninjau-ninjau rumah baru aku ni . Disebabkan dah lama aku tak munculkan diri walaupun aku memang menetap dikawasan perumahan itu .
"Eh..alang..lamo tak nampak ha.."nyaring sahaja suara itu memanggil aku.Aku tersengih kerang busuk .
Satu persatu salam dihulurkan dan aku menyambut bersama senyuman .
Selesai bacaan tahlil dan doa selamat , tetamu dijemput menjamu selera . Hidangan yang disediakan pihak catering memang menyelerakan . Sambil melayan tetamu aku diajukan satu soalan yang agak berdesing dan membuatkan sedikit tersentuh .
"Kau bila lagi lang?"
Bila lagi?soal aku dalam hati . Aku tahu apa maksud soalan itu .
"Biarlah angah dulu"pantas aku menjawap .
"Lelaki lambat takpe.Perempuan tu tak boleh"Alahai mak cik ni..
"Dah calon belum?"Sempat pula mak cik tu menyambung soalannya.
"Belum"aku menjawap pantas bersserta senyuman.Tiba-tiba aku merasakan aku tidak suka dengan soalan itu . Semenjak abang kahwin , ramai pula yang bertanya giliran aku .Terdetik di hati aku 'kahwin ke aku'.Memang soalan tu kurang baik tapi selepas apa yang terjadi aku rasakan pintu hati aku sedikit tertutup dan terasa tawar untuk menerima kemanisan cinta lagi .
Aku pura-pura tenang dan melayan tetamu yang ada tapi hakikatnya hati aku tersentuh.Aku tak berniat untuk kenang semula kegagalan hubungan aku tapi aku tersentak kerana itu yang kami sering bincangkan dulu tapi kini semuanya berkecai .
Perlahan-lahan aku mohon supaya usirkan kenangan itu dari minda aku .

Friday, August 6, 2010
kenangan itu datang lagi..
Pagi ini aku tak masuk pejabat.Gatal-gatal daftarkan nama untuk seminar di Seremban.Ingatkan dapatlah pergi dengan kawan pejabat , alik-alik pergi sendiri naik bas.Memang dah lama tak naik bas terutama waktu subuh gelap-gelap ni.Bas pagi-pagi macam tu memang kosong jadi takdelah aku kena berdiri ke.Bas bergerak je,lampu pun padam.Memang syok betul kalau tidur .
Dipendekkan cerita,satu memori menerjah pada minda aku sekaligus menyentuh sedikit perasaan aku.Aku memang tak nak fikir tapi susah aku nak lupakan .Saat aku mula rapat dengan Shah . Waktu itu aku kena bertugas di daerah Seremban untuk 2 minggu sebelum ditukarkan ke daerah yang lain.Awal-awal pagi aku akan hantar pesanan ringkas untuk kejutkannya bangun .
"Dah bangun?"pesanan ringkas dari aku.
"Dah siap pun.Pija kat mana tu?"balasan dari Shah.
"Dalam bas lagi ni.Kejap lagi sampaila"
"Ok.Shah nak gerak ni.Dah sampai nanti beritahu ye."Pesanan terakhir sebelum menamatkan penghantaran mesej untuk seketika.
Aku tiba awal ke pejabat hari ini .Keadaan bilik mensyuarat , penempatan sementara aku dan kawan-kawan masih kosong .Aku ambil kesempatan itu menyolekkan diri . Kalau ramai-ramai nanti segan aku nak bersolek .Aku keluarkan beg alat solek.Aku tipiskan bedak nipis,sedikit celak dan lipstik.
Selang 5 minit , seorang demi seorang kawan-kawan aku tiba . Kami bersapa-sapaan sebelum memulakan kerja .
Tanpa aku sedari,aku sudah tiba di perhentian aku.Memang banyak untuk aku imbau kenangan sewaktu mengenali Shah.Tapi kini semua hanya kenangan.Kenanagn itu akan datang bila-bila masa sahaja..hanya terpulang pada aku utntuk tabah mengimbaunya.
Monday, August 2, 2010
satu panggilan..
Hari ini aku dapat satu panggilan telefon.Bukan panggilan luar biasa,panggilan biasa je.Panggilan telefon dari Aqilah.Agak lama juga kami tidak berhubung.Sejak-sejak kami sama-sama 'menjanda'.Memang susah nak berbual sesuatu yang agak peribadi kalau menggunakan talian pejabat . Maka terpaksalah aku menggunakan bahasa yang berkias-kias.
Ganggang yang diberi aku sambut pantas . Kebetulan aku memang ada kerja lain .
"Ya,mak cik.Ada apa?"bicara aku sebaik sahaja ganggang aku capai.
"Kau sibuk ke?Aku telefon tempat kau tak dapat"Aqilah membalas .
"Ada orang tengah guna talian"Jawap aku pantas .
"Patutlah.Kau sibuk ke?"
"Tak sangatlah"
"Kau dah okey?"Aku faham ayat tu.
"Okey,Alhamdulillah.Aku okey je"aku sertakan jawapan aku dengan tawa.Bukti yang aku memang okey .
"Bagusla macam tu . Nanti kau cuba tengok facebook 'Joker'.."
"Aku dah tak nak tengok facebook"Pantas aku memotong kata-kata Aqilah .
"Yeke.Tadi aku tengok facebook,aku buka profile 'Joker'.Aku tengok gambar dia orang pakai cincin .Sejak bila mamat tu suka cincin"Aku tahu bicara Aqilah ada sedikit nada tidak puas hati .
"Mungkin itu cincin manderam kot"Aku berseloroh.Aqilah turut ketawa . Aqilah turut terluka seperti aku dan kami selalu menghiburkan hati sesama sendiri .
"La,lepas ni jangan tengok lagi ye facebook dia tau.Biarkan je dia.Buat tak tahu je"Aku sempat berpesan.
"Aku terbaca kat email,Hawa ada komen itu yang aku nak tengok apa yang dia komen.Okeylah,aku tak tengok lagi.Kau ni tak buat kerja ke?"
"Aku nak buat kerja la ni.Dah kau panggilan nak cakap dengan aku"aku dan Aqilah ketawa berderai.Ketawa itulah yang menutup kedukaan kami .Mudah-mudahan kami juga turut bahagia bersama .

Friday, July 30, 2010
hari ini.......
tiap manusia itu akan alami satu saat kejatuhan..
saat yang memeritkan..
kita pasti akan mengeluh dan terus mengeluh..
tidakkah akan kita terfikir kenikmatan yang akan mendatang??
sesungguhnya ALLAH itu LEBIH MENGETAHUI apa yang terbaik untuk HAMBANYA..

sesi perkenalan.....
kenali aku dengan nama syazliyana hakimi
umur rasanya tak perlu..cukuplah aku katakan aku sudah dewasa..
aku seorang yang suka berfantasi dan adakalanya fantasi aku itu berubah menjadi realiti..
tatkala menjadi realiti itulah satu kebahagiaan buat aku...
tapi sayangnya ia singgah untuk seketika..
izinkanlah aku berkongsi sesuatu di blog ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)