Hari ini aku dapat satu panggilan telefon.Bukan panggilan luar biasa,panggilan biasa je.Panggilan telefon dari Aqilah.Agak lama juga kami tidak berhubung.Sejak-sejak kami sama-sama 'menjanda'.Memang susah nak berbual sesuatu yang agak peribadi kalau menggunakan talian pejabat . Maka terpaksalah aku menggunakan bahasa yang berkias-kias.
Ganggang yang diberi aku sambut pantas . Kebetulan aku memang ada kerja lain .
"Ya,mak cik.Ada apa?"bicara aku sebaik sahaja ganggang aku capai.
"Kau sibuk ke?Aku telefon tempat kau tak dapat"Aqilah membalas .
"Ada orang tengah guna talian"Jawap aku pantas .
"Patutlah.Kau sibuk ke?"
"Tak sangatlah"
"Kau dah okey?"Aku faham ayat tu.
"Okey,Alhamdulillah.Aku okey je"aku sertakan jawapan aku dengan tawa.Bukti yang aku memang okey .
"Bagusla macam tu . Nanti kau cuba tengok facebook 'Joker'.."
"Aku dah tak nak tengok facebook"Pantas aku memotong kata-kata Aqilah .
"Yeke.Tadi aku tengok facebook,aku buka profile 'Joker'.Aku tengok gambar dia orang pakai cincin .Sejak bila mamat tu suka cincin"Aku tahu bicara Aqilah ada sedikit nada tidak puas hati .
"Mungkin itu cincin manderam kot"Aku berseloroh.Aqilah turut ketawa . Aqilah turut terluka seperti aku dan kami selalu menghiburkan hati sesama sendiri .
"La,lepas ni jangan tengok lagi ye facebook dia tau.Biarkan je dia.Buat tak tahu je"Aku sempat berpesan.
"Aku terbaca kat email,Hawa ada komen itu yang aku nak tengok apa yang dia komen.Okeylah,aku tak tengok lagi.Kau ni tak buat kerja ke?"
"Aku nak buat kerja la ni.Dah kau panggilan nak cakap dengan aku"aku dan Aqilah ketawa berderai.Ketawa itulah yang menutup kedukaan kami .Mudah-mudahan kami juga turut bahagia bersama .
No comments:
Post a Comment