Monday, August 9, 2010

soalan yang sama..

Riuh rendah rumah aku hujung minggu ni . Mana tidaknya kalau dah semuanya berkumpul . Adik beradik aku bukannya sedikit . 7 orang termasuk pula kakak ipar aku jadilah 8 . Tak lama lagi nak ramadhan jadi mak dengan ayah buatlah kenduri doa selamat dan kebetulan juga rumah aku pun baru je siap diubah suai . Memang gamat dengan macam-macam kelaku . Dari lepas maghrib sudah ada tetamu yang datang . Ada juga yang ambil kesempatan meninjau-ninjau rumah baru aku ni . Disebabkan dah lama aku tak munculkan diri walaupun aku memang menetap dikawasan perumahan itu .
"Eh..alang..lamo tak nampak ha.."nyaring sahaja suara itu memanggil aku.Aku tersengih kerang busuk .
Satu persatu salam dihulurkan dan aku menyambut bersama senyuman .
Selesai bacaan tahlil dan doa selamat , tetamu dijemput menjamu selera . Hidangan yang disediakan pihak catering memang menyelerakan . Sambil melayan tetamu aku diajukan satu soalan yang agak berdesing dan membuatkan sedikit tersentuh .
"Kau bila lagi lang?"
Bila lagi?soal aku dalam hati . Aku tahu apa maksud soalan itu .
"Biarlah angah dulu"pantas aku menjawap .
"Lelaki lambat takpe.Perempuan tu tak boleh"Alahai mak cik ni..
"Dah calon belum?"Sempat pula mak cik tu menyambung soalannya.
"Belum"aku menjawap pantas bersserta senyuman.Tiba-tiba aku merasakan aku tidak suka dengan soalan itu . Semenjak abang kahwin , ramai pula yang bertanya giliran aku .Terdetik di hati aku 'kahwin ke aku'.Memang soalan tu kurang baik tapi selepas apa yang terjadi aku rasakan pintu hati aku sedikit tertutup dan terasa tawar untuk menerima kemanisan cinta lagi .
Aku pura-pura tenang dan melayan tetamu yang ada tapi hakikatnya hati aku tersentuh.Aku tak berniat untuk kenang semula kegagalan hubungan aku tapi aku tersentak kerana itu yang kami sering bincangkan dulu tapi kini semuanya berkecai .
Perlahan-lahan aku mohon supaya usirkan kenangan itu dari minda aku .

No comments:

Post a Comment