Pagi ini aku tak masuk pejabat.Gatal-gatal daftarkan nama untuk seminar di Seremban.Ingatkan dapatlah pergi dengan kawan pejabat , alik-alik pergi sendiri naik bas.Memang dah lama tak naik bas terutama waktu subuh gelap-gelap ni.Bas pagi-pagi macam tu memang kosong jadi takdelah aku kena berdiri ke.Bas bergerak je,lampu pun padam.Memang syok betul kalau tidur .
Dipendekkan cerita,satu memori menerjah pada minda aku sekaligus menyentuh sedikit perasaan aku.Aku memang tak nak fikir tapi susah aku nak lupakan .Saat aku mula rapat dengan Shah . Waktu itu aku kena bertugas di daerah Seremban untuk 2 minggu sebelum ditukarkan ke daerah yang lain.Awal-awal pagi aku akan hantar pesanan ringkas untuk kejutkannya bangun .
"Dah bangun?"pesanan ringkas dari aku.
"Dah siap pun.Pija kat mana tu?"balasan dari Shah.
"Dalam bas lagi ni.Kejap lagi sampaila"
"Ok.Shah nak gerak ni.Dah sampai nanti beritahu ye."Pesanan terakhir sebelum menamatkan penghantaran mesej untuk seketika.
Aku tiba awal ke pejabat hari ini .Keadaan bilik mensyuarat , penempatan sementara aku dan kawan-kawan masih kosong .Aku ambil kesempatan itu menyolekkan diri . Kalau ramai-ramai nanti segan aku nak bersolek .Aku keluarkan beg alat solek.Aku tipiskan bedak nipis,sedikit celak dan lipstik.
Selang 5 minit , seorang demi seorang kawan-kawan aku tiba . Kami bersapa-sapaan sebelum memulakan kerja .
Tanpa aku sedari,aku sudah tiba di perhentian aku.Memang banyak untuk aku imbau kenangan sewaktu mengenali Shah.Tapi kini semua hanya kenangan.Kenanagn itu akan datang bila-bila masa sahaja..hanya terpulang pada aku utntuk tabah mengimbaunya.
No comments:
Post a Comment