Friday, September 30, 2011

sekilas pandang..


Semalam sebelum aku melelapkan mata , sempat aku menjengah ke entri2 terdahulu blog aku . Tak sangka banyak juga entri yang telah aku coretkan . Namun yang mengkagumkan aku ketika melihat entri semangat persahabatan bersama sahabat-sahabat yang lebih senang aku bahasakan hubungan ini seperti adik beradik yang saling melengkapi . 

Banyak entri yang aku muatkan dalm blog ni aku paparkan segala program,aktiviti santai dan saat2 gembira aku bersama kawan2 yang sememang sudah aku anggap seperti abang dan kakak aku sendiri . Dapat aku rasakan bahawa perasaan sayang dan kasihnya aku pada hubungan kekeluargaan ini begitu besar . 

Apabila aku amati semula , banyak rupanya entri2 aku yang bait2 ayatnya aku nyatakan perasaan sayang dan kasih itu . Tapi , apabila aku tahu rupanya ada sesuatu yang berbaur seperti masalah sampai ke pengetahuan aku satu persatu , baru aku sedar ada sedikit kerenggangan pada mereka  walaupun hakikatnya nampak kemesraan .
Seolah-olah ada yang terpaksa menjadi pelakon di pentas wayang yang tidak bertiket . Bukan kerana hanya sebab menjaga hati tetapi berhati-hati agar tidak menggoyahkan kasih sayang yang menjadi asas binaan hubungan ini .

Leka aku menatap gambar-gambar kenangan yang aku muatkan sebagai tatapan teman-teman yang turut merasa kasih sayang hubungan ini hinggakan aku terlupa seketika pada masalah yang pernah dibisikkan pada aku sebelum ini . Masalah-masalah yang menjadi penggodak kekeruhan hubungan ini .

Pasa kesempatan menjadi parasit di laman sesawang ini , aku sekadar ingin mengingatkan pada orang yang terlibat dalam hubungan ini agar dapat berfikir sebagai orang yang berperasaan . Manusia tidak akan menyakitkan saudaranya yang lain , apabila dia tahu meletakkan dirinya pada kesakitan orang lain .

Dalam hubungan ini perlunya kematangan , hormat dan percaya . Kematangan itu membentuk tindakan yang selalu diawasi oleh otak dan hati . Hormat pula akan menjadikan seseorang itu berhati-hati dengan tindakannya . Percaya itu jika disulamkan dengan kejujuran pada setiap hubungan , mana mungkin akan hadir curiga .

Monday, September 26, 2011

Seronok ke ada skandal?

Antara senarai perkara yang aku tak suka..SKANDAL..kenapa aku tak suka..sebab bagi aku itu adalah perbuatan yang tak bermoral dan memang tak baik .

Kenapa perlu SKANDAL?..sebab pasangan kita tak baik ke?
Kenapa perlu SKANDAL?..sebab untuk suka-suka ke?
Kenapa perlu SKANDAL?..sebab rasa seronok ke?
Kenapa perlu SKANDAL?..sebab lagi bahagia dengan SKANDAL ke?
Kenapa perlu SKANDAL?..sebab kemaruk cinta..betul tak?

Rasa seronok bila tibe-tiba datang seorang lelaki selain dari pasangan kita . Menungkapkan kata-kata yang romantis.Ada depan mata untuk bagi perhatian..mesti la rasa seronok..

Buat mereka yang sedang berSKANDAL..memang takk la korang nak bahagia..kalau korang sendiri mainkan cinta...

Diri sendiri tak jujur..janganlah diharapkan kejujuran orang lain..

salam..suatu ketika dulu aku pernah menangis saat aku dikecewakan..aku bercakap pada diri aku "apa salah aku?""Kenapa dia tak jujur pada aku.""kenapa dia permainkan cinta aku?"..aku pernah jugak ajukan persoalan ini pada orang lain..memang ada jawapan yang berbeza-beza..tapi sekarang aku tahu yang jawapannya hanya ada pada aku sendiri..

Aku pernah tipu dia yang aku just kuar dengan kawan perempuan tetapi sebenarnya ada kawan-kawan lelaki..aku buat sebab aku nak jaga hati dia..aku pernah tipu dia kata ex-boy aku tak pernah call or mesej tapi sedangkan ada walaupun kteowg berhubung atas dasar kawan..aku buat sebab aku nak jaga hati dia. 

Aku pernah tipu dia yang aku kata aku tak marah pun tapi sebenarnya aku marah..aku buat sebab aku nak jaga hati dia.aku pernah tipu dia kata yang aku tak tido lagi sebenarnya aku dah tido pun..aku buat sebab aku nak jaga hati dia..perlu ke jaga hati si dia sampai terpaksa menipu dan akhirnya aku dapat balasan apabila dia curang . berbaloi ke aku menipu?

Mungkin ini adalah balasan kerana menipu walaupun sebenarnya aku menipu untuk kebaikan . Walaupun aku menipu sebab aku nak jaga hati dia ..tak baik menipu,kalau kita tak salah nape tak nak bercakap benar .Tapi satu perkara yang aku tak  pernah tipu dia adalah perasaan sayang pada dia..tapi semua tu dah takde makna..

Wednesday, September 21, 2011

aku yang terasa ada xkene atau memang ada xkene sebenarnya..

Salam..kadang2 naluri kita betul dan kadang2 tak betul pun just perasaan kita je..aku tak pasti sama ada aku ke yang rasa macam ada yang tak kene atau memang betul2 ada tak kene..
aduyai..sape yang boleh bagi aku jawapan ni..
Aku ingatkan sumenya dah selesai lagi pun aku dah berterus terang apa yang aku rasa..aku tak marah pun lah..sapa lah aku ni nak menyimpan perasaan marah kat orang..entah2 orang pun marah kat aku..
Aku buat tak tahu bukannya takda aku marah tapi aku tak rasa nak amik tahu hal tu buat masa ni..pape pun ble sampai masanya aku akan cube selesaikan balik..macam hebat sangat pulak bunyi ayat aku ni..anyway that was what i'm thingking..
Kalau betul memang keadaan tengah tak kene , betul la nnaluri aku..


p/s : ngantuk giler ar choi..

Tuesday, September 20, 2011

pose suka-suka..

entry kali ni aku tak tau nak coretkan apa just gambar ni untuk tatapan kengkawan aku..enjoy ek..
amboi..sweetnye posing dia.huhuhu

kat mana ada kidir kat situ ada kak ecah.hahahaha

wei,anak sapa ni..

dua budak montel..duduk tepi tangga.hahahaha

riang ria hari raya..posing sempoi..
poyonye budak songkok tinggi tu..

gambar ni aku no komen.huhuhu

dah mcam raya kat umah la plak.huhuhuhu

sama2 bulat da.hehehehe
pandangan mata dia ni..kak ecah je yang mengerti.hahahaha


indahnya sungguh di hari raya..hahahahah

besday boy...

kebetulan salah satu malam kteowang kat sana besday angah..ngatkan diowg xde plan pape..aku just ingat nak wish je ble dah sampai midnight nanti..tapi rupa-rupanya...jeng,.jeng..jeng..plan tu tak seperti yang aku harapkan..dalam bayangan aku lain tapi lain yang jadinya

saat bangkitkan kemarahan angah..
doa dulu..untuk keberkatan majlis

dah wat bang bang bom..minta maaf lah pulak..

sibuk je budak tu(wan)bukan besday dia pun..huhuhu

lepas ni aksi mencalit krim kek dan membaling tepung..memang takkk la wei..

baling tepung dah mcam tepung tawar plak..nasib bek takde telur je..hahahaha
lap jangan tak lap..nak kongsi potong kek kan,.kongsi sekali la kene tepung.huhuhu
musykil aku..sape punya besday ni..

alahai..sweetnye main suap2..huhuhuhu..nak uap gak..

kat tangan tu dah stanby tepung nak baling,..mak lari wei..

ini 1st time aku tengok celebrate besday yang spoting..anyway for angah zaidi..HAPPY BIRTHDAY SWEET 26..cepat tawin tau.huhuhu

posing lepas makan..terbaik wok..

posing time tak abis takat tu je..lepas makan kteowg posing lagi tapi kali ni lagi sempoi ang tempat pun nyaman giler..bagi aku memang terbaik...huahuahua..

aku tak sentuh pun tangan angah ek..penumbuk tu kat belah depan.huhuhu

sweetnye posing..

berebut nak tunjuk perut sape paling besar.hahahaha
sweet tak kiteowg..sweet sangat,huhuhu
nak tengok tak pose owg poyo....

macho abis la tu..angah jangan marah ek..

 masing2 cover perut wei..kecuali aku ek..

ada gambar yang xde la..tak dapat nak upload..enjoy ye kengkawan..

selesaikan masalah,ciptakan balik kenangan..

salam..nak selesaikan masalah memang payah tapi nak cari masalah tu memang senang..tak cari masalah pun , masalah tu yang datang cari kita sebab nak uji sejauh mana kesabaran kita dan kekuatan kita untuk menghadapinya..tapi Alhamdulillah semuanye dah selesai..

Baru2 ni pi melaka untuk kali ke-3 sesama kengkawan la.memang best wei..terasa macam 1 family yang besar pi holiday together2..pape pun tu all my frenz,layan ar gambar yang tak seberapa ni..sayang korang sume..

orang tak penah jumpe meriam.huahuahua
inilah perangai tak semenggah 2 orang abang aku yang pening.
ada banyak lagi gambar tapi aku simpan kat tempat lain..tak kurang jugak kenangan kteowg waktu makan seafood..memang mantap wei..kelas ko jahhhh..







masyuk giler makan seafood tp gambar mak jemah xde lah..mak jemah tukang tangkap gambar.huhuhuhu

ni perangai angah aku yang kebulur sangat.huahuahua

hope kengkawan aku enjoy ek..don't worry..ada lagi entri untuk kenangan kite..

Wednesday, September 7, 2011

entry ni buat NURUL ASIKIN MOKTI..










* sorry..xde story nak di upload kan..

LAIN KALI FIKIR DULU SEBELUM CAKAP.


Salam..kali ini entry aku agak pedas sikit dan mengingatkan aku pada satu insiden yang pernah terjadi dalam hidup aku(citer lama).Ini semua gara-gara aku terlalu asyik melayan satu cerpen yang aku ambil dari email aku.Kebelakangan ni aku selalu layan cerpen.Nak baca novel panjang sangat nanti aku jadi leka.
Kata orang kalau kita minat menulis sesuatu,kita akan menulis berdasarkan pengalaman kan.Mungkin apa yang penulis tu tulis adalah berdasarkan pengalaman dan kebetulan pengalaman dia lebih kurang je dengan apa yang aku pernah alami .

Agak-agak korang faham apa maksud berfikir dulu sebelum cakap.Berfikir bukan guna otak tetapi guna akal . Akal yang digunakan untuk berfikir tu biar la dengan dasar yang betul.Bukannya berfikir guna akal tapi mengikut nafsu.

Apabila seseorang tu bercakap tanpa berfikr dahulu , rasa-rasa boleh pakai ke apa yang dicakapkan tu?. Silap hari bulan dia jilat balik apa yang dia cakapkan tu . Sama lah macam cakap tak serupa bikin . Hal macam ni memang aku tak berkenan . Lebih-lebih lagi bila berlaku kat aku . Harap maklum yang aku ni bukanlah manusia yang cakap tak berfikir dahulu tu tetapi sebaliknya aku adalah mangsa keadaan yang menerima bicara puaka dari dia tu .
Mula-mula dulu bukan main lagi nasihatkan aku sampaikan aku naik pelik . Tapi disebabkan istilah berkawan tu , aku abaikan jelah . Bagi aku tak salah mana pun apa yang aku buat asalkan niat aku betul . Tapi alik-alik dan jadi terbalik . Terasa macam nak pulangkan je ayat puaka yang dia penah bagi aku dulu . Bukan niat aku nak mengungkit atau bukak cerita lama , tapi ni pun sebagai pengajaran buat dia . Jangan main cakap ikut sedap rasa je .

Sebab itulah Allah bagi manusia akal dan tidak diberi pada binatang . Tapi apa gunanya akal yang diberi percuma tu kalau tak digunakan dengan elok . Aku tak harap pun orang tu akan baca entry aku ni sebab aku tak rasa dia tau pasal blog aku ni . Aku menulis ini sebab aku nak berkongsi sesuatu . Kadang kala kita tak sedar apa yang buat sepanjang kita bernafas ni sebenarnya tak menyenangkan hati orang lain .

 Tajuk entry aku ni pun aku gunakan untuk mengingatkan diri aku sendiri yang berfikir merupakan perkara yang penting . Salah atau betul tentang apa yang  kita fikirkan tu hanya pada Dia kita boleh dapatkan kepastian . Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui .

Tuesday, September 6, 2011

kalau boleh delete,dah lama aku delete..

salam..dah lama aku tak tulis tentang cinta ku nan kecundang.bagi aku takde apa lagi nak nak aku tulis kan tentang dia . Sejarah yang pahit siapa la nak kenang.Lagi pun aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang .Aku bahagia dengan apa yang aku ada.Semua ni berlaku sejak kebelakangan ni.Makin aku nak lupakan dia makin kuat sampai tahap aku terasa lemas ditenggelami segala kenangan dengan dia . Aku tak nak membenci dia apatah lagi mengingati dia . Aku tak nak ada apa-apa perasaan untuk dia sebab bagi aku dia tidak layak untuk merasai walaupun sedikit perasaan dari seorang perempuan . Mungkin ayat ni terlalu kejam dan mendoakan sesuatu yang tak baik buat dia tapi apa yang aku cakap ada sebabnya . Pengalaman dia dikecewakan oleh yang terdahulu bagi aku tidak cukup mematangkan dia ataupun bukan pengalaman buat dia sebaliknya adalah dendam . Apabila kita tahu bagaimana kita terluka , kita takkan beri orang yang kita sayang turut merasa luka yang penah kita rasa . Aku tidaklah menyalahkan dia sepenuhnya , mungkin itu adalah kelemahan dia . Tapi seperkara yang dia perlu ingat , setiap perbuatan yang kita buat pada seseorang pasti ada balasan . Balasan bukan lah untuk buat dia merana tetapi untuk dia sedar dan berpikir sejenak . Ada orang berkata pada aku bahawa kedewasaan seseorang bukan terletak pada pengalaman tapi pada akal yang bijak . Tetapi berfikir juga tidak cukup untuk mematangkan diri seseorang kerana akal dikawal oleh perasaan ,perasaan dikawal oleh nafsu dan nafsu dikawal dengan zikrullah . Apa pun yang kita buat atau kita fikir dan sejauh mana kita berfikir kite tetap perlu kembali pada yang asas iaitu agama kita sendiri . Kata-kata ini juga aku gunakan untuk pesanan buat diri aku sendiri .

Sunday, September 4, 2011

nilai sebuah persahabatan..

salam..makin kite akrab dengan kawan2 makin teruji ikatan persahabatan..lain kawan lain perangai..hati yang sini kene jaga , hati yang sana pun nak kene jaga..apa pun aku akan cuba usahakan yang semuanya akan jadi baik seperti biasa..bukanlah aku nak kata apa yang berlaku sekarang ni luar biasa tapi ada sedikit kelainan..walaupun adakalanya aku suka mengkritik tapi kalau aku tak cakap lagi aku jadi semak..lebih baik aku luah sama ada aku cakap sorang2 atau pun dengan seseorang..kadangkala aku mengeluh dan terasa letih nak berfikir..tapi tak boleh,aku kene jaga persahabatan kite orang sbb persahabatan ni banyak bagi aku pengalaman,pengajaran dan kenangan..sayang kalau aku biarkan..aku usaha apa yang termampu dan selebihnya aku serahkan pada Allah SWT..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di sebalik setiap kejadian..aku sayangkan persahabatan kiteowg..

raya dengan orang baru..

salam syawal..ampun dan maaf di pohon untuk segala tersalah bahasa dan terkasar tingkah laku...untuk tahun ni aku and family sambut syawal bersama keluarga yang sudah mula berkembang..tahun ni family aku ada orang baru..baby abang aku yang sulung..nama dia Amsyar Firas Taqiuddin bin Mohd Hafzi..Peh,panjang giler nama anak buah aku ni..nasib baik lah time raya tu dia dah keras sikit..senang nak ajak posing bergambar tapi cian la dia pagi2 mama dia dah kejutkan mandi pastu sambung tido blik..blik je semayang raya dah kene bangun balik..sian anak buah aku tu..nak tgok dia...
 comel tak dia??mata besar kan..ikut mata mak dia..meriah jugak lah family aku tahun ni sbb sume dpt dikumpulkan..dan yang paling best,adik aku yg degil sorang ni pun kene paksa join kiteowg beraya umah sedara mara..huhuhu
apa-apa pun,family aku memang best..