Tuesday, September 6, 2011
kalau boleh delete,dah lama aku delete..
salam..dah lama aku tak tulis tentang cinta ku nan kecundang.bagi aku takde apa lagi nak nak aku tulis kan tentang dia . Sejarah yang pahit siapa la nak kenang.Lagi pun aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang .Aku bahagia dengan apa yang aku ada.Semua ni berlaku sejak kebelakangan ni.Makin aku nak lupakan dia makin kuat sampai tahap aku terasa lemas ditenggelami segala kenangan dengan dia . Aku tak nak membenci dia apatah lagi mengingati dia . Aku tak nak ada apa-apa perasaan untuk dia sebab bagi aku dia tidak layak untuk merasai walaupun sedikit perasaan dari seorang perempuan . Mungkin ayat ni terlalu kejam dan mendoakan sesuatu yang tak baik buat dia tapi apa yang aku cakap ada sebabnya . Pengalaman dia dikecewakan oleh yang terdahulu bagi aku tidak cukup mematangkan dia ataupun bukan pengalaman buat dia sebaliknya adalah dendam . Apabila kita tahu bagaimana kita terluka , kita takkan beri orang yang kita sayang turut merasa luka yang penah kita rasa . Aku tidaklah menyalahkan dia sepenuhnya , mungkin itu adalah kelemahan dia . Tapi seperkara yang dia perlu ingat , setiap perbuatan yang kita buat pada seseorang pasti ada balasan . Balasan bukan lah untuk buat dia merana tetapi untuk dia sedar dan berpikir sejenak . Ada orang berkata pada aku bahawa kedewasaan seseorang bukan terletak pada pengalaman tapi pada akal yang bijak . Tetapi berfikir juga tidak cukup untuk mematangkan diri seseorang kerana akal dikawal oleh perasaan ,perasaan dikawal oleh nafsu dan nafsu dikawal dengan zikrullah . Apa pun yang kita buat atau kita fikir dan sejauh mana kita berfikir kite tetap perlu kembali pada yang asas iaitu agama kita sendiri . Kata-kata ini juga aku gunakan untuk pesanan buat diri aku sendiri .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment