Saturday, December 10, 2011

Jangan disangka waktu itu panjang..

Sebelum aku mencoretkan lebih lanjut , ingin aku ucapkan takziah buah keluarga arwah Mirul . Aku tidaklah mengenali arwah terlalu rapat tetapi aku mengenali arwah sebagai saudara islam , sebagai jiran dan sebagai rakan kepada adik aku .
Seawal subuh pagi sabtu 10 Disember 2011 , bonda aku menerima panggilan dari adik yang teresak-esak dihujung talian . Suara terperanjat dari bonda itu cukup untuk mematikan mimpi aku yang masih lagi berbaki..
“Mirul meninggal.”memang jelas aku dapat menangkap petikan ringkas itu walaupun dalam keadaan separuh sedar . Lagipun eloklah aku terjaga kerana sudah 30 minit subuh berlalu . Aku tidak terus berkata apabila melihat bonda sebaliknya aku membiarkan bonda berkata dahulu . Petikan yang sama diulang dan tidak salah lagi apa yang aku dengar tadi..mirul dah meninggal .
Terasa macam semalam aku melihat arwah masih bernyawa . Usianya masih muda dan seusia dengan adik aku . Pagi itu aku terima perkhabaran dia telah tiada .Cukup mengejutkan tetapi inilah ketentuan Allah  . Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati .
“Muda lagi budak tu”..inilah petikan standart yang kita akan dengar apabila budak seusia arwah pergi . Maut datang menjemput tidak kira usia . Jangan disangka yang tua akan mati dahulu dan yang muda akan hidup lama . Jangan disangka kita masih mempunyai waktu kerana kita bukan tahu apa yang bakal berlaku .
Yang dihitung banyak waktunya itu hanya pada kalender . Kalau dikira memang banyak harinya..
Yang dihitung panjang masanya itu hanya pada jam. Kalau dipandang detiknya macam lambat sahaja..
Kalender yang mempunyai 365 hari itu juga pasti akan berakhir jika kilang yang mebuatnya sudah tutup .
Saat jam yang berdetik itu juga pasti akan terhenti apabila habis sudah baterinya..
Janganlah kita fikir kita mempunyai banyak waktu jika hanya menghitung waktu dan detik mengikut kiraan manusia .
Tidak kita tahu bagaimana pula detik yang dihitung Illahi..
Semoga arwah tenang bersemadi..Al-fatihah..

Thursday, December 8, 2011

jangan..jangan..jangan..

jangan benci kalau tak nak sayang..

sebab dari benci akan lahir sayang..

jangan lupa perkara yang kita suka..

sebab kita akan makin teringatkan ia..

watak utama...

Beruntung apabila manusia itu dilahirkan sempurna

Beruntung apabila manusia itu dikurniakan bahagia
Beruntung apabila manusia itu mempunyai rupa
Beruntung apabila manusia itu dipenuhi segala yang dipinta

Tetapi tidak adakah lebih beruntung kita lahir di dunia ini??
Mengapa perlu persoalkan segala kenikmatan?
Mengapa perlu persoalkan segala kurniaan?
Apa guna diberi segalanya namun tidak bernyawa?
Seperti patung perhiasan di muzium negara...

Jangan terlalu kabur dengan dunia..
Jangan terlalu mengejar harta dunia..
Jangan lupa bahawa kita ini manusia..
Dan hidup kita hanya sementara..
Kita hanya watak rekaan PENCIPTA
Untuk berlakon watak utama..

Wednesday, December 7, 2011

manusia ketawakan manusia..


Kau ada mata
Aku pun ada mata
Kau ada hidung
Aku juga ada hidung
Kau boleh berjalan
Aku juga boleh berjalan
Segalanya sama sahaja fungsi kita
Cuma perwatakan sahaja ada sedikit beza
Tetapi kenapa perlu kau tertawakan aku ?
Hanya kerana perwatakan yang bebeza ?
Mungkin otak kau tidak berfungsi sebaik penciptaan kau
Manusia yang ketawakan manusia
Seperti mentertawakan penciptaan-NYA..
Sudahlah wahai manusia yang suka ketawa
Esok-esok mungkin kau akan menangis pula
Sebab suka ketawakan manusia..

Tuesday, December 6, 2011

coretan pembuka untuk bulan disember...

Salam..beberapa minggu lagi berakhirlah tahun 2011 . Kalau ikutkan genap setahun aku create blog yang tak seberapa ni..ada yang pernah berkata "blog aku ni macam takde yang follow je".."ada ke yang baca blog aku ni?"..aku tak kisah ada yang baca atau tidak..segala entri yang ada dalam blog ni memang tercetus secara tiba-tiba..aku abadikan ilham aku dalam blog ni..bila free aku baca semula entri aku ni dan aku sendiri tak caya aku yang tulis..
masing-masing ada tujuan tersendiri mengapa mereka mencipta blog..sama ada minat or budak IT..apa pun itu hak individu..lagipun registerkan free je..
aku masih mencari ilham untuk pengakhiran 2011 ni..kalau ikut tahun islam dan tahun baru dah..aku dah ada topik just nak create untuk jadi lebih menarik .
Aku pun suka baca blog orang yang simple n sempoi..hope untuk tahun 2012 entri aku lebih simple n sempoi..
dan yang paling penting aku nak kurangkan menulis TENTANG DIA..segala adalah TENTANG AKU..
Ini bukan entri terakhir untuk 2011 ek..sebagai peringatan je..