Wednesday, December 7, 2011

manusia ketawakan manusia..


Kau ada mata
Aku pun ada mata
Kau ada hidung
Aku juga ada hidung
Kau boleh berjalan
Aku juga boleh berjalan
Segalanya sama sahaja fungsi kita
Cuma perwatakan sahaja ada sedikit beza
Tetapi kenapa perlu kau tertawakan aku ?
Hanya kerana perwatakan yang bebeza ?
Mungkin otak kau tidak berfungsi sebaik penciptaan kau
Manusia yang ketawakan manusia
Seperti mentertawakan penciptaan-NYA..
Sudahlah wahai manusia yang suka ketawa
Esok-esok mungkin kau akan menangis pula
Sebab suka ketawakan manusia..

No comments:

Post a Comment