Thursday, December 8, 2011

watak utama...

Beruntung apabila manusia itu dilahirkan sempurna

Beruntung apabila manusia itu dikurniakan bahagia
Beruntung apabila manusia itu mempunyai rupa
Beruntung apabila manusia itu dipenuhi segala yang dipinta

Tetapi tidak adakah lebih beruntung kita lahir di dunia ini??
Mengapa perlu persoalkan segala kenikmatan?
Mengapa perlu persoalkan segala kurniaan?
Apa guna diberi segalanya namun tidak bernyawa?
Seperti patung perhiasan di muzium negara...

Jangan terlalu kabur dengan dunia..
Jangan terlalu mengejar harta dunia..
Jangan lupa bahawa kita ini manusia..
Dan hidup kita hanya sementara..
Kita hanya watak rekaan PENCIPTA
Untuk berlakon watak utama..

No comments:

Post a Comment