Saturday, December 10, 2011

Jangan disangka waktu itu panjang..

Sebelum aku mencoretkan lebih lanjut , ingin aku ucapkan takziah buah keluarga arwah Mirul . Aku tidaklah mengenali arwah terlalu rapat tetapi aku mengenali arwah sebagai saudara islam , sebagai jiran dan sebagai rakan kepada adik aku .
Seawal subuh pagi sabtu 10 Disember 2011 , bonda aku menerima panggilan dari adik yang teresak-esak dihujung talian . Suara terperanjat dari bonda itu cukup untuk mematikan mimpi aku yang masih lagi berbaki..
“Mirul meninggal.”memang jelas aku dapat menangkap petikan ringkas itu walaupun dalam keadaan separuh sedar . Lagipun eloklah aku terjaga kerana sudah 30 minit subuh berlalu . Aku tidak terus berkata apabila melihat bonda sebaliknya aku membiarkan bonda berkata dahulu . Petikan yang sama diulang dan tidak salah lagi apa yang aku dengar tadi..mirul dah meninggal .
Terasa macam semalam aku melihat arwah masih bernyawa . Usianya masih muda dan seusia dengan adik aku . Pagi itu aku terima perkhabaran dia telah tiada .Cukup mengejutkan tetapi inilah ketentuan Allah  . Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati .
“Muda lagi budak tu”..inilah petikan standart yang kita akan dengar apabila budak seusia arwah pergi . Maut datang menjemput tidak kira usia . Jangan disangka yang tua akan mati dahulu dan yang muda akan hidup lama . Jangan disangka kita masih mempunyai waktu kerana kita bukan tahu apa yang bakal berlaku .
Yang dihitung banyak waktunya itu hanya pada kalender . Kalau dikira memang banyak harinya..
Yang dihitung panjang masanya itu hanya pada jam. Kalau dipandang detiknya macam lambat sahaja..
Kalender yang mempunyai 365 hari itu juga pasti akan berakhir jika kilang yang mebuatnya sudah tutup .
Saat jam yang berdetik itu juga pasti akan terhenti apabila habis sudah baterinya..
Janganlah kita fikir kita mempunyai banyak waktu jika hanya menghitung waktu dan detik mengikut kiraan manusia .
Tidak kita tahu bagaimana pula detik yang dihitung Illahi..
Semoga arwah tenang bersemadi..Al-fatihah..

No comments:

Post a Comment