Monday, September 26, 2011

Diri sendiri tak jujur..janganlah diharapkan kejujuran orang lain..

salam..suatu ketika dulu aku pernah menangis saat aku dikecewakan..aku bercakap pada diri aku "apa salah aku?""Kenapa dia tak jujur pada aku.""kenapa dia permainkan cinta aku?"..aku pernah jugak ajukan persoalan ini pada orang lain..memang ada jawapan yang berbeza-beza..tapi sekarang aku tahu yang jawapannya hanya ada pada aku sendiri..

Aku pernah tipu dia yang aku just kuar dengan kawan perempuan tetapi sebenarnya ada kawan-kawan lelaki..aku buat sebab aku nak jaga hati dia..aku pernah tipu dia kata ex-boy aku tak pernah call or mesej tapi sedangkan ada walaupun kteowg berhubung atas dasar kawan..aku buat sebab aku nak jaga hati dia. 

Aku pernah tipu dia yang aku kata aku tak marah pun tapi sebenarnya aku marah..aku buat sebab aku nak jaga hati dia.aku pernah tipu dia kata yang aku tak tido lagi sebenarnya aku dah tido pun..aku buat sebab aku nak jaga hati dia..perlu ke jaga hati si dia sampai terpaksa menipu dan akhirnya aku dapat balasan apabila dia curang . berbaloi ke aku menipu?

Mungkin ini adalah balasan kerana menipu walaupun sebenarnya aku menipu untuk kebaikan . Walaupun aku menipu sebab aku nak jaga hati dia ..tak baik menipu,kalau kita tak salah nape tak nak bercakap benar .Tapi satu perkara yang aku tak  pernah tipu dia adalah perasaan sayang pada dia..tapi semua tu dah takde makna..

No comments:

Post a Comment