Khamis 21 Julai 2011-Zaidi,Khidir,Hidayat,Azura,Iszaidah dan Hafizah telah berpakat mengambil cuti berjemaah dengan tujuan untuk mengadakan mini camping kami di Hutan Lipur Ulu Bendul , Kuala Pilah . Perancangan yang dibuat secara mengejut ini telah menggempar seluruh staf PAID Kuala Pilah ekoran kami tidak memaklumkan cuti pada mereka sedangkan kami telah memohon secara sah melalui pentadbiran . Aktiviti awal kami sebaik tibe adalah membakar ayam yang telah diperap kerana kami tersangatlah kebulurnya..
ini adala insan yang telah dipertanggungjawapkan untuk membakar ayam..Setelah penat menjamu selera , kami memulakan aktiviti wajip sekiranya berkunjung ke hutan lipur iaitu merendamkan diri ke dalam air yang sejuk macam ais batu.
aktiviti berendam telah dimulakan oleh 3 dara pinggitan iaitu azura,iszaidah dan pija.(iszaidah telah menyembunyikan diri siebalik azura kerana dia seorang low profile).
ini adalah antara aksi-aksi yang telah dirakam.Secara automatik perangai mereka telah berubah menjadi seorang yang gila-gila..
No comments:
Post a Comment