hampir 24 tahun aku bernyawa dan setiap detik kehidupan dapat aku rasa akan perubahan..adakaalnya kemungkinan yang berlaku diluar jangkaan hinggakan tak terpikul oleh perasaan..Tapi setiap kemungkinan itu tidak aku rasakan sesuatu yang sia-sia kerana disebaliknya ada satu rahsia..hanya mereka yang berada di tempatnya dapat merasa betapa bermaknanya rahsia dari Yang Maha Berkuasa..
Sebagai manusia yang berlakon di atas muka bumi ciptaanNYA..aku perlu bersedia andai diberi sebarang kemungkinan tanda dipinta..kerana aku perlu melakonkan watak itu sehabis baik agar aku dapat satu pengakhiran yang terbaik..dan pengakhiran itu mungkin tiket bagi aku untuk menempah syurga ataupun neraka..
No comments:
Post a Comment