izinkan diriku meluahkan rasa
maafkanlah aku andai kau terasa
biar ku paparkan apa terjadi
moga kau takkan ulangi..
sungguh tak ku sangka kau berpaling tadah
setelah lamanya menjalinkan cinta
dalam diam-diam kau sudah berpunya
tanpa aku menyedari semuanya..
aku mendoakan agar kau bahagia
bersama si dia insan yang kau suka
percintaan kita tak sampai kemana
setakat dibibir saja sayang
kau bina mahligai dari airmata
yang jatuh berderai di wajah sepiku
hancurnya hati ku bisa tak terkata
terhumban rasa diriku
oh aduhai ku masih ingati
janji manis dan saat romantis
kau pintaku supaya setia
akhirnya kau yang berubah
oh Tuahn ku tabahkan hatiku
temukan ku dengan ketenangan
jiwa ini dibelasah rindu
tetapi apa daya ku
ku cuba pejam mata tapi tak terlena
kerana ku masih teringat padamu
begitu payahnya nak ku melupakan
pernah kah engkau fikirkan oh sayang..
No comments:
Post a Comment