hampir 10 minit aku merenung entri yang kosong ni..sebenarnya dari minggu lepas lagi aku merenung ruangan yang kosong ni..tajuk tu dah lama aku cipta dan sememangnya ada sesuatu yang aku nak bicarakan persoalan ini..
Ajal maut , jodoh pertemuan itu ketentuan Yang Maha Berkuasa kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya dan setiap yang ditakdirkan itu bukanlah sesuatu yang sia-sia . Aku belajar menerima hakikat setiap kali perhubungan yang aku cipta bersama manusia yang bernama lelaki itu terputus di tengah jalan . Tetapi aku sebagai manusia adakalanya terfikir masih ada lagikah ruang di hati aku untuk melaluinya sekali lagi?
Aku sedikit terpukul bila orang bertanya tentang pasangan aku . Apa yang mampu aku jawap bukanlah dengan kata-kata tapi hanya senyuman yang tak bermakna . Tak berani untuk mengatakan takde dan tak terkeluar untuk aku mengatakan ada . Apabila keyakinan ada , hanya "InsyaALLAH" yang mampu aku tuturkan untuk memuaskan hati yang bertanya.
Seseorang ada berkata jodoh itu pasti ada cuma cepat atau lambat sahaja munculnya . Dari saat aku memahami kata-kata itu , aku letakkan kesabaran untuk memujuk hati . Seseorang ada berkata bahawa kesabaran itu penawar kesedihan..
Tuhan menciptakan makhluknya dengan berpasang-pasangan.. percayalah wahai syazliyanahakimi..ada jodoh untuk dirimu jua.. Apa salahnya jika bersabar, jikalau mendapat pasangan yg baik.. Allah dan menentukan jodoh kite.. Disamping itu..DOA itu juga penting.. Doa untuk mendapat seorang teman yang baik dan memahami... Perkara yang lepas usah dikenang... Jadikan ia sebagai satu cabaran untuk anda jadikan pedoman diperhubungan yg akan datang...
ReplyDelete