Friday, September 30, 2011

sekilas pandang..


Semalam sebelum aku melelapkan mata , sempat aku menjengah ke entri2 terdahulu blog aku . Tak sangka banyak juga entri yang telah aku coretkan . Namun yang mengkagumkan aku ketika melihat entri semangat persahabatan bersama sahabat-sahabat yang lebih senang aku bahasakan hubungan ini seperti adik beradik yang saling melengkapi . 

Banyak entri yang aku muatkan dalm blog ni aku paparkan segala program,aktiviti santai dan saat2 gembira aku bersama kawan2 yang sememang sudah aku anggap seperti abang dan kakak aku sendiri . Dapat aku rasakan bahawa perasaan sayang dan kasihnya aku pada hubungan kekeluargaan ini begitu besar . 

Apabila aku amati semula , banyak rupanya entri2 aku yang bait2 ayatnya aku nyatakan perasaan sayang dan kasih itu . Tapi , apabila aku tahu rupanya ada sesuatu yang berbaur seperti masalah sampai ke pengetahuan aku satu persatu , baru aku sedar ada sedikit kerenggangan pada mereka  walaupun hakikatnya nampak kemesraan .
Seolah-olah ada yang terpaksa menjadi pelakon di pentas wayang yang tidak bertiket . Bukan kerana hanya sebab menjaga hati tetapi berhati-hati agar tidak menggoyahkan kasih sayang yang menjadi asas binaan hubungan ini .

Leka aku menatap gambar-gambar kenangan yang aku muatkan sebagai tatapan teman-teman yang turut merasa kasih sayang hubungan ini hinggakan aku terlupa seketika pada masalah yang pernah dibisikkan pada aku sebelum ini . Masalah-masalah yang menjadi penggodak kekeruhan hubungan ini .

Pasa kesempatan menjadi parasit di laman sesawang ini , aku sekadar ingin mengingatkan pada orang yang terlibat dalam hubungan ini agar dapat berfikir sebagai orang yang berperasaan . Manusia tidak akan menyakitkan saudaranya yang lain , apabila dia tahu meletakkan dirinya pada kesakitan orang lain .

Dalam hubungan ini perlunya kematangan , hormat dan percaya . Kematangan itu membentuk tindakan yang selalu diawasi oleh otak dan hati . Hormat pula akan menjadikan seseorang itu berhati-hati dengan tindakannya . Percaya itu jika disulamkan dengan kejujuran pada setiap hubungan , mana mungkin akan hadir curiga .

3 comments:

  1. Kejujuran datang dari hati yang suci, terpulang kepada individu itu sendiri untuk menilai apa itu erti kejujuran....

    ReplyDelete
  2. bila hati dah buta..tak tau beza kejujuran dan pembohongan..

    ReplyDelete
  3. bile hati dah bute..gunakan la akal fikiran yang masih waras... bezakan yg mana baik dan yg mana buruk...

    ReplyDelete